Foto: Tangkap layar video
Jika disebut mengenai duit hantaran, perkara tersebut sering kali menjadi perdebatan buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Bahkan, terdapat beberapa mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan jumlah hantaran yang perlu dijelaskan oleh pihak rombongan bakal pengantin lelaki kepada bakal isterinya.
Bagaimanapun, nilai tersebut boleh berubah bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak.
Foto: Tangkap layar video
Seperti video yang meraih perhatian ramai dikongsi seorang gadis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya. Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).
Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa. Menerusi video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya. Lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh tiga tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah. Tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.
Bila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan. Wah memang berbaloi sungguh!
@baukencur123segitu mah buat kuliah 1 taun doang bund? ##fyp ##fypindonesia ##RamadanBersamaAQUA ##jedagjedug
Sumber: Baukencur123
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: OHBULAN
Leave a Reply