TIDAK terlalu kejam rasanya jika si cantik bernama Reen Rahim itu dikatakan lebih dikenali dek kese.ksian berbanding bakat yang dipersembahkan ke dunia glamor.
Terbuka dengan pandangan sedemikian, mata penggoda itu bagaimanapun tangguh pada jati dirinya.
Tanyakan kepada mana-mana peminat dunia hiburan tempatan, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran tentang Reen, tentunya fizikalnya yang terlihat sempurna.
Dikurniakan pakej serba lengkap dengan kulit wajah sawo matang bak aktres Bollywood, siapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpegun.
MENGINJAK usia 33 tahun, Reen mahu bakat lakonannya terus diterima dan berkembang mekar seiring pengalaman yang dikutip sejak lapan tahun lalu.
Diam tidak diam, Reen Rahim sudah bertapak dan menghulurkan salam perkenalan sebagai anak seni sejak lapan tahun lalu.
Bermula dengan tiket pelakon tambahan, lama-kelamaan satu demi satu bakat seni dalam diri dipersembahkan kepada umum.
“Alhamdulillah, saya sendiri pun tidak sangka rupa-rupanya sudah lapan tahun terlibat dalam dunia seni lakonan.
“Rasanya macam baru semalam pergi uji bakat dan perlahan-perlahan bertatih untuk jadi pelakon,” selorohnya bersulam saat membuka bicara bersama Pose baru-baru ini.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 33, bersyukur dengan rezeki yang sentiasa menyebelahinya hingga ke saat ini.
Watak pembantu
Meneruskan perbualan, anak kelahiran Klang, Selangor itu mengakui sepanjang lapan tahun bergelar anak seni, watak yang diterimanya hanya statik dan hampir serupa.
Katanya, kebanyakan watak yang ditawarkan kepadanya sekadar pelakon pembantu dan berulang-ulang asyik menerima watak yang sama seperti orang kampung dan wanita baik-baik.
“Ya, saya juga perasan perkara tersebut. Netizen dan pengikut saya juga ada menyatakan perkara sama. Sikit-sikit watak gadis kampung atau isteri teran.iaya.
“Tapi, tanyalah kepada mana-mana pelakon di dunia ini, pasti mereka juga mahukan variasi dalam watak yang dibawakan, begitu juga saya, tapi mungkin masanya bakal tiba nanti,” ujarnya.
Akui juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu, jika diberi peluang, dia juga mengidamkan untuk membawa watak her.oin atau apa-apa-apa watak yang belum pernah dibawanya sebelum ini.
Perempuan simpanan
Tutup soal kerjaya, Reen yang namanya mula mele.tup-mele.tup dan menjadi perhatian menerusi watak Kak Su si mulut celupar menerusi drama popular Pujaan Hati Kanda turut tidak terlepas daripada kontro.ersi.
Bukan kontro.versi bercinta dengan suami orang apatah mera.mpas kebahagiaan orang lain, sebaliknya, dugaan terbesar yang menghim.pit hidup Reen ialah tawaran hidup mewah sebagai perempuan simpanan.
Ujar Reen, lumrah bergelar anak seni, pasti ada cabaran dan tidak terlepas daripada isu-isu tidak matang, terutama apabila kerjaya seni sedang mencanak. Reen juga begitu. Baru-baru ini, timbul dakw.aan kononnya dia mempunyai hubungan su.lit dengan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.
Akui Reen, jika sekadar mahu hidup mewah tanpa perlu membuktikan kemampuan bakat, sudah lama dia menjadi wanita kaya. Bahkan tawaran sedemikian pernah datang ke dalam hidupnya sejak dia belum dikenali sebagai pelakon.
“Ingatkan perkara ini tamat sampai situ, tapi masih berlarutan. Baru-baru ini, saya menerima satu tawaran untuk melayani golongan VIP yang ingin menawarkan wang tunai berjumlah RM32,000 dengan hanya melayan na.fsu serakahnya selama tiga jam.
“Gi.la bukan? Bukan wang ringgit sahaja, saya turut ditawarkan sebuah rumah banglo di atas nama sendiri jika menerima tawaran tersebut,” tuturnya yang berdepan tawaran memualkan itu sekitar bulan puasa tahun lalu.
Jelas Reen, mujurlah pegangannya masih kuat. Tuhan masih menjaga hatinya dan awal-awal lagi dia berjaya mengelak daripada menyahut tawaran berkenaan.
Akui Reen, dia belum terdesak dan masih waras dalam membezakan baik buruk angkara dunia, selain ada pegangan agama serta maruah keluarga yang perlu dijaga.
Akuinya lagi, mungkin perkara tersebut berlaku rentetan sikapnya yang gemar dan sering berpakaian mencolok mata dan seksi tidak seiring dengan watak yang dipegang.
Bagaimanapun, itulah Reen Rahim. Alah biasa tegal biasa. Dia kalis dengan skeptikal segelintir pihak yang mudah memulangkan fit.nah kepada dirinya. Pada masa sama, dia tetap ada batasan.
“Saya adalah saya. Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam apa jua yang berlaku. Saya hidup pun bukan kerana nak puaskan hati orang lain,” tutupnya.
Sumber : Kosmo
Leave a Reply