Sanggup menyamar Inspektor polis untuk mencari j0doh-utk yakinkan keluarga BF

BACHOK: Seorang wanita sanggup menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor, dipercayai untuk mencari jodoh, selain meyakinkan keluarga teman lelakinya.

Bagaimanapun, helah suspek berusia 20 tahun yang berasal dari Sabah itu, terbongkar selepas ditahan polis kelmarin di sebuah rumah dekat Kampung Bukit Bator, di sini

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata penahanan suspek dilakukan susulan aduan yang diterima keluarga teman lelaki suspek yang curiga dengan kelakuan rakan anaknya itu sepanjang menumpang di kediaman mereka.

Katanya, wanita berkenaan berasal dari Sabah dan datang Kelantan, namun terlebih dahulu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Sebaik tamat tempoh kuarantin, wanita berkenaan menumpang rumah teman lelakinya yang juga anggota tentera di Bachok, selama seminggu dan turut membawa pakaian operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan nama sebagai Humairah pada pakaian itu.

“Dalam tempoh itu, wanita terbabit mend4kwa dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, namun tindakannya itu menimbulkan curiga kepada keluarga berkenaan termasuk boleh bercuti dalam tempoh lama.

“Susulan itu, keluarga berkenaan tampil membuat aduan kepada pihak polis sebelum wanita terbabit ditahan,” katanya pada sidang media di IPD Bachok, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek meny4mar sebagai Inspektor polis untuk mencari jodoh, selain mampu meyakinkan keluarkan teman lelakinya.

“Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian operasi PDRM dan suspek direman sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan tambah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis ,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*