PETALING JAYA – Bagi kebanyakan orang, gambaran diku4r4nt1n selama 2 minggu di hotel bertaraf 5 bintang menimbulkan imej santai sambil memakai jubah mandi, dengan pelayan membawa teh dan kuih-muih dalam dulang ke bilik yang dihampar permaidani tebal.
Tetapi bagi Alice, 36, yang diku4r4nt1n di salah satu hotel mewah itu sebaik tiba dari London, mengatakan keadaan sebenar sama sekali tidak seperti yang dibayangkan.
Bilik seluas 291 kaki persegi itu dirasakan seperti “penj4ra tanpa kad kunci”, katanya kepada FMT.
Alice, yang bertugas sebagai perunding IT di UK, tiba di KLIA awal pagi Ahad. Dia disembur semburan nyahj4ngk1t di landasan sebelum disoal pegawai kesihatan.
Beberapa jam kemudian, sebuah bas dari jabatan penj4ra tiba untuk membawa dia dan 25 orang lain ke hotel. Di sana, mereka berjalan melepasi askar bersenjata di ruang legar sebelum dibawa ke bilik masing-masing.
“Saya harap mereka benarkan kami berjalan di koridor dari semasa ke semasa, supaya kami dapat melakukan sedikit senaman,” katanya.
Tetapi ia cuma harapan kerana mereka tidak dibenarkan men1ngg4lkan bilik walaupun untuk mendapatkan makanan. Sebaliknya, makanan diletakkan di luar pintu bilik dan perkhidmatan bilik tidak dibenarkan walaupun Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) membenarkan memesan makan di luar waktu makan biasa.
Makanan yang disediakan tidak menyelerakan, kata Alice, menggambarkan sayur-sayuran yang terkulai dan potongan buah-buahan dalam tin. Sementara minuman pula, Alice diberi 7 botol air minuman kecil. Katanya, pegawai kerajaan memberitahu ia akan ditambah seminggu sekali.
“Bilik tidak besar dan anda tidak banyak berjalan. Saya tidak boleh memesan perkhidmatan bilik, dan saya sangat ‘jet lag’ (g4ngguan ritma harian).
“Ini hari ke-3 dan saya hampir tidak dapat bertahan,” katanya kepada FMT melalui telefon semalam.
Alice pulang ke Malaysia kerana tiada keluarga di UK dan bapanya bimbang tentang peningkatan jumlah kes di sana.
Dia juga mahu bersama ayahnya yang berusia 71 tahun.
Tetapi Alice masih mempunyai 2 1/2 minggu lagi sebelum dapat bersatu dengan bapanya, dan katanya tidak banyak yang boleh dibuat apabila hanya berkurung dalam bilik hotel.
“Dengan hanya 5 saluran di TV, kebanyakannya saluran berita yang berterusan melaporkan mengenai koronav1rus, saya fikir saya akan murung.”
Rakyat yang pulang dari luar negara mesti ditempatkan di pusat ku4r4nt1n selama 14 hari sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung penyebaran c0v1d-19.
Pusat-pusat ini termasuk hotel mewah seperti Hilton dan Sheraton.
Kerajaan pusat menyediakan peruntukan sebanyak RM150 bagi setiap individu untuk makanan dan penginapan.
Sumber : wowberita
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply