Isteri terkejvt hamil! Dah bagi green light utk suami kahwin lain sebab rasa diri tak sempurna – “Teng0k-teng0k ada dua garisan”

“BETUL-betul tak sangka sebenarnya yang saya akan pregnant juga walaupun dalam keadaan diri macam ni. Semua kuasa Allah.”

Demikian kata seorang wanita yang berkongsi pengalaman dirinya dikurniakan seorang cahaya mata sungguh pun hanya mempunyai sebelah tiub fal0pio dan ov4ri.

“Sakit ini dikesan masa saya sedang bertunang lagi iaitu dalam penghujung 2014. Ada juga terasa s4kit tapi dengan nature kerja saya masa itu, selagi boleh tahan, cuba tahan.

“Ketika itu saya mula alami loya, turun berat badan dan simptom yang dialami wanita mengandung. Perut pun membuncit sikit. Hinggalah Mac 2015 bila keadaan makin buruk, saya dikejarkan ke bahagian kecem4san.

Perkongsian Nur Ainie mengenai pengalamannya yang dimuat naik di Facebook.

“Buat imbasan (scan) rupa-rupanya ada ketumbuhan pada ovari. Di sebelah kanan, saiznya 15x20x20 sentimeter manakala di sebelah kiri kecil sikit saiznya,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Disebabkan keadaan tersebut, menurut Nur Ainie, doktor terp4ksa melakukan pembed4han bagi membuang ovari dan tiub falopio di sebelah kanan.

“Yang di sebelah kiri, doktor hanya buang cyst sahaja. Saya juga dikhabarkan oleh doktor yang peluang untuk hamil juga 50-50 sebab ada satu saja ovari.

“Saya berterus terang dengan tunang mengenai keadaan diri saya. Saya reda jika dia tak boleh terima… iyalah, lelaki mesti nak zuriat lepas kahwin.

“Tapi Alhamdulillah, dia setia dan tak ambil kisah apa kata orang. Dialah lelaki yang sama dan setia mendampingi saya hingga kini,” ujar penjawat awam ini lagi.

Nur Ainie dan suaminya menunggu selama tiga tahun sebelum dikurniakan putera sulung mereka, minggu lalu.

Tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata selepas selamat diijabkabulkan, Nur Ainie berkata dia sama sekali tidak menyangka diberikan anugerah tidak ternilai, iaitu berpeluang merasai pengalaman menjadi seorang ibu.

“Saya dan suami berserah dan tawakal bab anak. Tapi masa dapat tahu pregnant hujung tahun lalu, rasa macam tak percaya. Ingatkan lambat period sebab cy$t… saja buat ujian kehamilan (UPT) sendiri.

Bila saya down, memang pernah ja saya suruh suami kahwin lain, tapi dia tak mahu.

NUR AINIE BADARUDDIN

“Tengok-tengok ada dua garisan. Tiga kali buat pun masih dua garisan. Kami kemudian pergi periksa di klinik… Alhamdulillah syukur saya sah pregnant,”ujarnya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Berita kehamilan tersebut sememangnya disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh suami dan seluruh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Kalau ikutkan, opah yang paling gembira dan teruja sebab dapat timang cicit ketiga. Opah cakap Allah makbulkan doanya. Ibu mentua pula ucapkan terima kasih berikannya cucu.

Suami Nur Ainie tetap setia di sisinya walaupun mengetahui keadaan kesihatannya sebelum diijabkabulkan.

“Sebelum ini saya mengasuh anak saudara yang kami suami isteri anggap macam anak sendiri. Mungkin berkat daripada situ juga Allah kurniakan rezeki,” ujarnya.

Nur Ainie selamat melahirkan putera sulungnya secara normal pada minggu lalu.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi viral, wanita ini berkata tujuannya adalah untuk memberi semangat kepada wanita senasib agar tidak berputus asa dan percaya kepada rezeki.

Antara komen netizen yang turut sama berkongsi kegembiraan dengan kelahiran bayi sulung Nur Ainie.

“Bila saya down, memang pernah ja saya suruh suami kahwin lain, tapi dia tak mahu. Suami saya selalu cakap ‘orang yang sakit juga berhak untuk rasa bahagia, bukan asal sakit ja kita kena tinggalkan dia, bahkan kitalah yang kena support dia’.

“Bagi mereka yang seperti saya atau masih lagi menunggu, kalau ada orang bertanya, tak usah terlalu risau. Percayalah pada rezeki dan aturan Allah,” ujarnya mengakhiri bicara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*