“Kadar j4ngkitan pada ketika ini meningkat berganda berbanding tiga minggu lalu” – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Malaysia bakal berdepan peningkatan k3s C0vid-19 secara mendadak dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar jangkitan atau R-naught (R0) pada ketika ini adalah 1.36 meningkat berbanding 0.3 pada tiga minggu lalu.

“Apa yang membah4yakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6 dan bererti lebih ramai dij4ngkiti,” katanya pada sidang media perkembangan terkini C0vid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan nilai R0 berlaku berikutan peningkatan k3s dan pengesanan beberapa kluster baharu baru-baru ini.

“Pada 9 Julai lalu, jumlah k3s aktif adalah 63 k3s dan hari ini 143 k3s iaitu kenaikan berganda,” katanya.

Justeru beliau merayu kepada seluruh rakyat agar sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jadi saya merayu kepada rakyat supaya patuh kepada SOP.

“Hanya ada tiga perkara perlu laksanakan iaitu penjarakan selamat satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun dan air,” katanya.

Nilai R0 pada sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kadar 3.55.

Jumlah k3s aktif dilaporkan setakat ini 143 k3s.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Sinarh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*