Harga Tiket Kapal Terbang Perlu Kembali Seperti Biasa

Harga tiket penerbangan perlu kembali normal kerana syarikat penerbangan telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedia maklum isu harga tiket penerbangan yang tinggi terutamanya bagi penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Peringkat awal itu kita faham harga tinggi kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, syarikat penerbangan tidak boleh beroperasi pada kapasiti penuh kerana penjarakan sosial penumpang dalam pesawat.

“Tetapi kita akhirnya telah membenarkan syarikat penerbangan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang, tiada penjarakan sosial lagi.

“Oleh itu, Mesyuarat Khas (Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan) berpendapat harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP,” kata beliau.

Ismail Sabri juga berkata, kerajaan meminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berbincang dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk memberi harga tiket istimewa kepada guru, murid dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ia berikutan pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 15 Julai ini serta IPT yang akan menyambung semula sesi pengajian kelak.

“Kementerian Pengangkutan telah diminta untuk mengadakan sesi libat urus bersama syarikat penerbangan bagi mencari jalan penyelesaian ini,” tambah beliau lagi.

Sumber: Bernama via Pisang Daily

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*