Rita Rudaini binti Mokhtar merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Rita membina nama sebagai pelakon sejak tahun 2000. Drama pertama lakonannya adalah Dulang Wan Chu arahan Ismail Yaacob. Sejak itu Rita membintangi puluhan drama TV dan drama bersiri. Seringkali menjadi pilihan untuk memegang watak utama.
Pernah berkahwin dengan Aidil, namun jodoh tidak berpannjgan. Mereka berc3rai. Hasil perkahwinan berikut, Rita mempunyai 2 orang anak lelaki dan di jaga sepenuhnya oleh Rita. Rita adalah ibu dan bapa kepada anak2nya.
Sempena Hari Bapa yang lalu. “PAK Long dan Pak Su bagi mereka itu lah ‘bapa’,” kongsi pelakon, Rita Rudaini mengenai makna Hari Bapa bagi kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
Rita berkata, kedua anaknya bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan sentiasa mengambil berat.
Malah, Rayyan dan Arjuna juga diberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada bapa saudara mereka sama seperti anak sendiri.
Setiap kali HARI BAPA….anak2 xpernah lupa wish utk sy,paklong dan paksu dorg….
Paklong & Paksu…bg mereka itu lah ‘bapa’ …dr kecik kasih syg xpernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara.
“Walaupun hanya bapa saudara, budak kecil ini akan ingat siapa yang selalu bersama mereka. Budak-budak akan kasih dan suka orang yang kasihkan mereka. Anak-anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri,” katanya.
Menurut Rita, kedua anaknya juga sentiasa meluahkan rindu dan tidak pernah melupakan mereka.
“Walaupun berjauhan, tapi anak-anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa. Mereka sering sebut kalau ada apa-apa.
“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa,” katanya.
Menurut Rita, dia sentiasa mengingatkan kedua anaknya bahawa kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Saya selalu pesan, ingatlah jasa mereka apabila besar nanti. Jagalah mereka seperti bapa sendiri. Kasih sayang mereka tidak boleh diganti dengan wang ringgit dan harta benda.
“Rayyan dan Arjuna adalah anak-anak yang paling bertuah dapat merasa kasih seorang ayah lebih dari satu,” katanya.
Komen Netizen
Sumber : HM/ IG Rita Rudaini
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply