![fizo fi](https://i0.wp.com/www.diaridunia.com/wp-content/uploads/2020/06/fizo-fi.png?resize=678%2C341&ssl=1)
UMUM mengetahui pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar kini semakin rapat namun masing-masing masih mengunci mulut mengenai status hubungan mereka.
Bagaimanapun menerusi kapsyen di perkongsian terbaharu Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 31, seakan-akan memberi bayangan hubungan mereka kini sudah memasuki fasa baharu.
Dalam muat naik tersebut, Azar berkongsi foto bersama Fizo Omar menyertai sukan permotoran off-road, baru-baru ini
“Thank you to my life partner (terima kasih kepada pasangan hidup saya) Dia cakap Mek Ja (merujuk dirinya) bersiap nak pergi Pavilion (pusat membeli-belah) ya?
“Yang kuat memb4han, kuat sak4t, kuat menyakitkan hati, kuat gelakkan Mek Ja… kuat bagi semangat juga dan sentiasa memastikan semua peralatan berada dalam kedudukan yang betul, Fizo Omar,” tulisnya.
Kapsyen ditulis Azar menarik perhatian peminat di Instagram.
Gara-gara kapsyen tersebut, pengikut mula membanjiri ruangan komen dan meluahkan rasa teruja jika benar pasangan ini benar-benar sedang dilamun cinta.
“Wah, my life partner? kita suka… Mek Ja dan Abe Fizo kahwin cepat ya!
“Jadi anda berdua bercinta ke ni? Suka tengok kamu berdua, suruh Abe Jo cepat masuk meminang,” komen peminat.
Pada awal Mei lalu, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar mengakui selesa berkawan rapat dengan Azar, namun kedua-duanya masih belum memikirkan tentang jodoh.
Azar bersama Fizo menyertai sukan lasak motorcross.
“Ramai yang kaitkan kami dan mengusik. Apa yang boleh saya kata, kami memang berkawan rapat dan dia adalah kawan yang baik. Saya pernah gagal dalam perkahwinan dan dia pun pernah putus tunang.
“Azar berperangai g1la-g1la. Sesiapa pun selesa berkawan dengannya. Bagaimanapun, setakat ini masih jauh untuk mentafsirkan hubungan kami.
“Jadi kami tak pernah berbincang mengenai hubungan cinta buat masa sekarang. Jika ada jodoh, saya terima. Kadang-kadang, tak perlu bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau jodohnya kuat… menjadi juga!” katanya.
Namun Azar telah menukar caption ig tersebut…
Hahaha, takut timbul spekulasi lain ye sis.. Peminat xmarah pun.. lagi pun dua2 single mingle.. Xsalah pun kan.. kan.. kan..
Min di sini mendoakan sentiasa yang terbaik utk anda berdua.
Kalau dah jodoh x kemana… ameen…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: Fizo & Azar Azmi Ig
Leave a Reply