“Bijak sangat ni Aafiyah, baru dua tahun dah pandai menulis dan kenal bentuk”

Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan yang berbeza. Ada yang cepat dapat berjalan, cepat mengenal huruf malah ada juga diusia yang muda sudah mampu membaca dan mengira. Namun walau bagaimanapun itu tidak bermakna kanak-kanak yang lambat itu bermasalah. Mungkin ada yang mengambil masa sedikit untuk belajar.

Melihat kepada keupayaan ini, Siti Aafiyah anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dilihat sebagai seorang kanak-kanak yang sangat cerdik. Tahun ini Aafiyah sudah pun  berusia 2 tahun. Aafiyah yang ceria, penuh dengan senyuman dan gelak tawa menarik tumpuan peminat.

Ke mana sahaja Aafiyah mengikuti ibunya, pasti dia akan menjadi tumpuan mata orang ramai kerana teIatahnya yang comel. Memang tak dapat lari dar4h seni yang mengalir dalam diri Aafiyah tu. Dalam usia yang muda ramai yang memuji sikap Aafiyah yang mendengar kata serta sopan.

Selain itu Aafiyah sudah pandai bercakap dan membuat ayat tanpa ‘pelat’. Mungkin ini adalah kerana cara Aafiyah dididik dan dibesarkan. Jika diperhatikan ke mana saja kelibat Dato’ Siti dan Aafiyah, seorang gadis manis pasti akan setia menemani dan berada di sisi si cilik ini.

Nur Hidayah Zubit bertanggungjawab menjaga Aafiyah sejak bayi lagi dan dia sendiri mempunyai kelayakan dari Kolej Perub4tan. Kiranya bukan calang-calanglah gadis ini dan Dato’ Siti sendiri yang menemuduga Dayah sebelum mengambilnya menjadi penjaga Aafiyah. Menjadi penjaga Aafiyah, Dayah sering memuat naik video dan foto aktiviti bersama Aafiyah.

Melalui perkongsian terbaru yang di muat naik, Dayah ketika itu sedang mengajar Aafiyah mewarna sambil mengenal bentuk. Dalam masa yang sama juga, Dayah turut mengajar Aafiyah untuk menulis. Apa yang menariknya, Aafiyah walaupun baru berumur dua tahun sudah pandai mengenal bentuk dan menulis.

Aafiyah begitu tekun dan mendengar arahan yang diberikan oleh Dayah, dan kemudian turut tepuk tangan apabila berjaya selesai menulis. Memang bijak sangat Aafiyah ni. Untung Dato’ Siti dapat pembantu yang boleh menjaga dan dalam masa yang sama mendidik Aafiyah dengan baik.

Video Penuh :

Tak pernah bosan lihat gelagat Aafiyah ni. Semoga membesar jadi anak yang solehah buat ibu dan ayah ye.

Kakak buat #patiencechallenge kat Aafiyah???

Sebab kakak rasa kakak perlu take part in this challenge too. Agak2 Aafiyah sabar ka tak tunggu kakak?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: BSM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*