Pasangan artis yang memang dinanti kelahiran cahaya mata oleh peminat, Nur Fazura dan Fattah Amin kini menanti detik kelahiran anak sulung pertama mereka tidak lama lagi.
Pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin itu berkongsi berita baik yang mereka bakal menimang cahaya mata pertama.
Fazura mengesahkan dirinya kini sedang hamil empat bulan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
“Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya dalam entri itu.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka.
Kisah cinta pasangan sej0li itu bermula selepas mereka membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan #Fattzura
Difahamkan, kandungan Nur Fazura kini sudah mencecah lima bulan. Menerusi perkembangan Instagram suami kepada aktres jelita itu, Fazura memberitahu peminat bahawa kini sepatu yang sering digayakannya sudah tidak muat.
Kelihatan dalam video itu juga sudah kelihatan ‘baby bump’. Comel sungguh!
View this post on Instagram
Quick trip to Bata to buy new shoes for the mommy. @missfazura 😘💙 @batamalaysia
“Hari ini kami on the way pergi Bata! Yaayy! Dapat keluar. Saya akan beli kasut baru jika ada urusan penting sebab kasut-kasut saya semua dah tak muat,”
Peminat yang mengikuti aktiviti Fazura dan Fattah turut berkongsi kegembiraan di ruangan komen posting berkenaan dan mendoakan supaya proses bersalin pelakon dan penyanyi berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.
Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada November 2017 yang lalu dan dijangka menimang cahaya mata pertama pada Oktober tahun ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: BSM
Leave a Reply