Dulu comel je berlakon, rupanya Erynne Erynna bakal bergelar ibu tak lama lagi

Bagi peminat drama dan filem Melayu, pasti mengenali pelakon cilik berbakat ini. Meskipun tidak sepopular rakan sezamannya, tidak dinafikan wajah Erynne Erynna banyak menghiasi layar perak dek kerana bakatnya.

Antara filem lakonan Erynne ialah Congkak(2008) dan Damping Malam(2010).

Setelah lama menghilang Erynne muncul kembali dalam drama The Gadis tayangan TV3.

Siapa sangka pelakon kecil molek Erynne Erynna kini bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Perkongsian terbaru ketika berkongsi gambar menyambut hari raya di laman sosial Instagram miliknya memaparkan Erynne tampil manis berbusana berwarna pastel.

” Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami dan Keluarga Tercinta ❤️ Alhamdulillah syukur dapat beraya lagi tahun ni and this time plus with our lil bundle of joy in my tummy hehe.. so hows your raya so far guys? P/s love my baju kurung kedah from @houseofolsha #eid2020 #raya2020 #eidmubarak #2020 #7monthspregnant” tulisnya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan juga terpegun dengan perkembangan terkini pelakon drama popular The Gadis ditambah pula dengan seri wajah ibu mengandung atau ‘pregnancy glow’.

Tahniah Erynne dan semoga dipermudahkan urusan melahirkan anak kelak!

Sumber:Malaya  Post

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*