JUMLAH penumpang kini boleh mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat sudah bersetuju untuk membenarkan mereka yang menaiki kenderaan boleh melebihi empat individu dengan syarat ia mengikut kapasiti yang ditetapkan.
Menurutnya, hari ini kerajaan sudah mewartakan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Nombor 6 Pindaan 2020).
“Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi kenderaan persendirian yang membolehkan ia dibawa mengikut kapasiti kenderaan masing-masing dikawal mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Bermakna jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia akan berkuat kuasa esok,” katanya.
Namun katanya syarat lain masih kekal iaitu mereka mesti dari ahli keluarga yang tinggal bersama.
Terdahulu, kerajaan membenarkan kenderaan persendirian hanya dinaiki 4 ahli keluarga dalam satu-satu masa.
Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan peraturan itu dilaksanakan ketika tempoh Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.
“Bagi kenderaan persendirian tidak ada isu melibatkan ahli keluarga dari rumah sama, sebab penjarakan sosial tidak berlaku dalam rumah setiap keluarga, oleh itu kerajaan membenarkan.
“Kenderaan persendirian maksimum 4 orang mestilah keluarga sama dari rumah sama. Saya percaya ada yang bawa kawan-kawan, ada yang akan ingkar jadi pesan saya bahawa SOP mesti dipatuhi,” katanya ketika sidang media hari ini.
Dalam perkembangan sama, Ismail berkata hanya separuh penumpang daripada kapasiti sebenar dalam pengangkutan awam dibenarkan sepanjang PKPB bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi orang ramai.
Katanya, garis panduan itu terpakai untuk semua pengangkutan awam membabitkan bas dan tren termasuk Transit Aliran Ringan (LRT) serta Transit Aliran Massa (MRT).
“Esok kakitangan awam dan swasta akan mula bertugas dan semua perkhidmatan pengangkutan awam akan mula beroperasi seperti sebelum PKP bagi memudahkan perjalanan warga kerja ke tempat kerja masing-masing.
“Namun pengguna dan pengendali perkhidmatan harus mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan seperti penjarakkan sosial dalam kenderaan awam.
“Sebagai contoh jika bas boleh memuatkan 40 penumpang maka kenderaan itu hanya boleh mengambil 20 penumpang sahaja sewaktu PKP, begitu juga LRT atau MRT hanya boleh bawa separuh dari jumlah yang dipenuhi dalam setiap gerabak. Untuk tempat berdiri juga akan ditanda,” katanya.
Ismail berkata, pihak berkuasa juga akan memantau kepatuhan SOP.
“Keutamaan kita memantau pematuhan PKPB, pematuhan SOP,” katanya.
Sumber: Hmetro | FMT
Sumber : https://kisahbena.com/
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply