Datin Shahida dedah dalam kekeliruan, bila Aliff Syukri ada rasa serabut pulak…

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga Datuk Seri Aliff Syukri apabila surat tuntutan cer4i Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff memberi bayangan rumah tangganya sudah kembali pulih. Aliff berkata selepas 4 bulan berjauhan dengan isteri dan anak-anak, dia memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Terbaru, Nur Shahida akhirnya dilihat memuat naik gambar bersama suaminya, sekaligus memberikan khabar gembira bahawa rumah tangga pasangan ini kembali harmoni seperti sedia kala. Menerusi entri tersebut, Shahida turut mengatakan sudah lengkap keluarga Raudhah Arshiyah.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar rumah tangga pasangan itu akan kekal bahagia sehingga ke syurga.

Terdahulu, Aliff berkata isu rumah tangganya yang berlaku sebelum ini bukanlah gimik yang sengaja dicipta. Malah, Aliff mengakui bukan mudah untuk melalui ujian tersebut dan kini dia lebih menghargai keluarganya.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Viwanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*