Ashraf, 39, dirawat di hospital itu sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 selepas menjalani kuarantin diri sekembalinya dari menjalani penggambaran drama di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu.
Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim berkata, apa yang menimpa dirinya dianggap satu hikmah selain dapat bermuhasabah diri.
“Alhamdulillah, saya di sini okay. Saya bersyukur ditempatkan di wad ini kerana dapat menunaikan solat fardhu secara berjemaah dengan jemaah tabligh dan anak-anak tahfiz.
“Selepas solat ada bacaan taklim dan tazkirah ringkas. Memang tak pernah sunyi. Pendek kata dapat belajar muhasabah diri,” kata Ashraff Muslim
Ashraf berkata, dia dan pesakit lain diberi rawatan yang baik oleh petugas hospital.
TERKINI, Ashraf Muslim telah mengemaskini status instagramnya : “Pengakhiran di Wad31”
Assalamualaikum. Masanya sudah tiba.. berat hati ini utk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sbg keluargaku.. Allahuakbar.. tak boleh nak terjemahkan perasaan ini… 3 hari sblum balik mmg sayu utk tinggalkan wad. Saya mohon maaf kepada pakcik, abang2 dan adik2 warga Wad 31 dan rakan2 Dr dan nurse yg menjaga saya dan rakan2 saya disini dan juga berterima kasih kerana terima saya dan rakan-rakan saya seadanya. Tak lupa juga kepada mereka yg menyumbang makanan dan minuman kepada kami disini. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua.
Setiap pertemuan pasti ada namanya perpisahan… Doakan mereka sembuh – Ashraf Muslim.
Sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dgn ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini.. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya.
Kredit : Instagram Ashraf Muslim
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Leave a Reply