Beberapa tahun lalu, seorang gadis Korea Selatan telah viral di media Indonesia dan Malaysia apabila memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia.
Dia yang juga merupakan model muslimah cukup popular di media sosial seperti Instagram. Kisah pengislamannya turut menarik perhatian warganet sehinggakan gadis berusia 25 tahun itu menjadi inspirasi buat gadis-gadis muda diluar sana.
Ibadah puasa pertama bersama adik
Berbuka puasa bersama2
Tidak lama selepas tular, adik lelakinya pula mengikuti jejak langkahnya dengan kembali kepada agama Islam sekitar Jun tahun lalu. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama adik kepada Ayana menjalani ibadah puasa.
Menurut Ayana, dia berasa gembira kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka berpuasa bersama dan mempunyai teman untuk berbuka.
Menerusi Instagram Ayana, dia telah mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan sempat memuat naik gambar ketika mereka sedang menunggu waktu berbuka di Seoul, Korea Selatan.
Salam Ramadan al-Mubarak
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet baik dari Malaysia mahupun Indonesia telah mengucapkan selamat berpuasa buat Intafamous tersebut dan mendoakan ibadahnya berjalan dengan lancar.
Terdahulu, Ayana Moon yang berasal dari Korea Selatan telah memeluk Islam kira-kira 9 tahun lalu dan berhijrah ke Indonesia bagi memulaikan karier serta mendalami Islam. Dia juga kerap ke Malaysia kerana menghadiri program televisyen di negara ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress
Sumber: AH
Leave a Reply