“Apa Ni Kak, Ni Nana Punya” Siti Nordiana Dan Rita Rudaini Berebut ‘Kekasih Hati’

BANGI: Pelakon Rita Rudaini mendedahkan dihujani mesej peribadi (DM) di Instagram ekoran kenyataannya mengenai perkahwinan dengan lelaki berusia lebih muda di sebuah akhbar baru-baru ini.

Rita, 42, berkata, mesej yang diterimanya adalah dalam kalangan lelaki muda yang mengajaknya keluar malah ada berani melamarnya untuk dijadikan pasangan hidup.

“Saya sebenarnya terkejut juga apabila pandangan saya mengenai perkahwinan dengan lelaki jauh lebih muda menyebabkan ramai menghantar DM di Instagram.

Rita Rudaini terkejut menerima mesej lamaran di laman sosial.

“Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar… Malah ada yang memberitahu nak menjadikan saya sebagai isteri,” katanya

Rita bersama dua orang anak lelakinya.

Dalam pada itu, Rita berkata, dia tidak melayan mesej yang dihantar kepadanya kerana tidak berminat untuk menjalinkan hubungan buat masa ini.

Malah kata ibu kepada dua cahaya ini, dia selesa dengan kehidupannya sekarang dan seperti sebelum ini dia masih belum terbuka hati untuk mencari pengganti.

“Ada rakan-rakan nak kenalkan saya dengan lelaki pun saya tidak mahu… Hendak mencari pun saya sibuk dengan aktiviti harian.

“Nak kata sunyi tidak juga kerana saya selesa dengan kehidupan sekarang yang bebas masalah rumah tangga,” katanya.

Terbaru Rita Rudaini berkongsi gambar di instagramnya

 

View this post on Instagram

 

Gambaq ni khas buat makcik2 bawang smlm ☺️….biaq gambaq berbicara 💕

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

KOMEN SITI NORDIANA :

pe ni kakkk.. ni nn punya 😂

KOMEN NETIZEN :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

Sumber: Apple Hijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*