Video terbaru Aeril Zafrel raih 1.4Mviews- “Ada rupa pastu kelakar. Complete Package!

Meskipun sudah memasuki hari ke-18 tempoh kuarantin dijalankan, pelakon Aeril Zafrel masih tetap membuatkan ramai peminat dan pengikutnya dilaman sosial peribadi gelak besar.

Ini kerana, dia sentiasa memuat naik rakaman yang dihasilkannya menerusi video lucu atau melalui video aplikasi TikTok yang tidak mengecewakan buat peminat dan pengikut.

Menerusi video terbaru Aeril Zafrel ini juga seperti biasa membuatkan ramai gelak besar apatah lagi rata-rata yang mengikuti perkembangannya tahu bahawa dia kini lebih aktif menghasilkan video yang mampu membuatkan ramai tertawa.

Kelihatan video terbaru ini pula, Aeril Zafrel dilihat berlakon menjadi anaknya Ayya Soffya. Jika anda pengemar video TikTok, sememangnya pasti pernah menyaksikan gelagat seperti ini.

Pun begitu, yang lebih mencuit hati ramai apabila video berkenaan bukannya dilakonkan oleh anaknya itu namun Aeril Zafrel sendiri yang melakonkan watak berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

Alaa comelnya sofiya ni. Bawak lari handphone ayah plak 😅😅 @ayyasoffya

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

“Ala comelnya Sofiya ni. Bawak lari handphone ayah plak…” ujarnya sehingga diruangan komen pula meraih lebih 6 ribu komen.

Reaksi ramai yang berseloroh setelah menyaksikan video Aeril Zafrel yang tidak pernah mengewakan netizen.

“Macam biasa aku first…”

Netizen gelak besar

Untuk pengetahuan, Aeril Zafrel merupakan salah seorang selebriti yang memiliki jumlah followers yang ramai dan sehingga kini dia mempunyai 4.4 juta pengikut yang seronok mengikuti perkembangannya.

 

View this post on Instagram

 

Hmmm entahla 😅😅 Bila la nak habis pkp ni..

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on


Manakan tak, selebriti ini bukan saja sporting berkongsikan perkembangan kerjayanya malah dia turut memuat naik video gelagat lucunya bersama keluarga yang dirakamkan.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaPress

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*