Penyanyi wanita malaysia, Wan Norafizah biti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora menulis di laman instagramnya berhasrat untuk membawa anaknya bersama-sama menunaikan ibadah umrah.
Dia berkata, hasrat ini adalah untuk memberi peluang kepada anaknya melihat kaabah dari kecil lagi dan juga menjadi tetamu Allah.
“In Shaa Allah, dengan rezeki, peluang & kelapangan yg diberikan utk umrah Mac nanti saya akan menbawa anak saya utk menjadi TETAMU ALLAH”, tulisnya.
“Biarlah mereka berpeluang melihat kaabah dari kecil lagi”
Nora juga turut mendoakan agar segala urusan menunaikan umrah bersama-sama anaknya dipermudahkan Allah. InshaAllah
“Moga Allah permudahkan urusan kami”
Ada juga pengikut memberi komen bersyukur dengan hasrat Nora dan ada juga yang mendoakan Nora.
Sekadar informasi, Nora Ariffin telah berkahwin dengan komposer terkenal iaitu Johan Nawawi dan dikurniakan empat orang anak sebelom suaminya meninggal pada Disember 2017.
Manakala anak keduanya pula meninggal dunia pada tahun 2019 akibat penyakit yang tidak diketahui.
Sumber : Instagram Nora Ariffin
Leave a Reply