Baru-baru ini, anak kepada pelakon Faralyna Idris, Fira Anggun mengalami masalah kulit sensitif yang menyebabkan gatal-gatal di badannya.
Menerusi akaun instagram, kepsyen beserta video yang dimuat naik oleh Faralyna, anaknya mengadu berasa gatal di badan setelah pulang bermain di sebuah tempat.
“Alhamdulillah, managed to bring the girls out and play on Sunday. Otw blk, Kakak punye kulit jadi gatal-gatal.”
“And memang nampak dekat muka dia yang sgt gatal. Banyak kali dia ulang, “gatal sgt. Tak tahan, gatal sgt.”
“Blk rumah, mandikan dia & dia pon tidur.Tak lama lepas tu, dia bgn sbb tak tahan gatal.”
Menurut Faralyna, setelah suaminya memeriksa keadaan anaknya itu, terus dibawa anaknya ke klinik.
“Bila Ayah checked, sampai badan semua dah naik bengkak bengkak merah tu, terus melompat Ayah dari katil, suruh semua bgn nak bawa Kakak pergi clinic.”
“Ni lepas kene cucuk, terus reda rasa gatal dia, terus dia tidur blk. ”
“Get well soon, Kakak sayang. Bonda tak boleh tidur cemni 😞”
Di ruangan komen posting Faralyna ini, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan bagi anaknya itu.
Faralyna mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Fikri pada Disember 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Sumber : Instagram Faralyna Idris
Leave a Reply