Aman Nassim Teruja dengan Kehadiran Orang Baru- “Welcome to the Real World ma boy!! .”

Pelakon, Aman Nassim berkongsi berita gembira di laman instagramnya apabila isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di HUKM, Bandar Tun Razak, Cheras pada 13 Januari yang lepas.

Melalui perkongsiaannya juga, Aman mendedahkan nama yang diberikan kepada puteranya itu, Nassim Iskandan Bin Abdul Rahman.

Menerusi postingnya juga, Aman menyatakan, pada masa sekarang ini, babynya itu berada dalam pemerhatian doktor di Nicu berikutan middle premature 36week namun sudah dalam keadaan yang baik.

“Welcome to the Real World ma boy!! .”

“Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman..”

“Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya. Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36weeks. But now its geting better.”

Dalam masa yang sama, Aman juga turut menjelaskan kesibukkannya yang menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya.

“Alhamdulillah.selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu. ”

“Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass. .”

Aman juga menyatakan yang dia akan memuat naik gambar babynya itu setelah babynya keluar dari hospital.

“Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. ”

 

 

View this post on Instagram

 

Welcome to the Real World ma boy!! . Tepat jam 11.25pm 13hb januari 2020 lahirnya anakanda saya yg diberi nama Nassim Iskandar bin Abdul Rahman. . Alhamdulilah syukur wife saya selamat segalanya. Baby masih lagi dalam pemerhatian doctor di Nicu kerna middle premature 36weeks. But now its geting better. Sehari dua lagi keuar lah kot. Alhamdulillah.selepas seminggu baru saya ade kekuatan utk post benda ni. Bukn sbb keadaan baby. Sbb saya bz ulang alik hospital dan uruskn wife saya. Bukan biase2 penat dia tu. 😁 . Nassim Iskandar, awak sentiase ade mak dan abah awk yg bgi sokongan pada awk. Sentiasa di sisi awk. Sentiasa ada utk awk baby nass. . Nanti saya post gmbr baby ble dh keluar hospital. Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir. Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya.

A post shared by AmanNassim (@amannassim) on

Sementara itu, kawan-kawan rapat serta peminat meninggalkan ucapan tahniah buat Aman.

Aman mengucapkan terima kasih diatas ucapan tahniah dari rakan-rakan serta peminatnya di atas kelahiran puteranya itu.

“Mane yg ucapkn tahniah tq so muchhhh. Xsempat nk reply satu2. Masa terlalu pantas sedar xsedar dh 1 week baby saya lahir. Thanks to all yg wish. Hanya tuhan yg dpt balas semuanya.”

Sedikit perkongsiaan, Aman dan isterinya, Nor Baizura Abdul Ghani telah mendirikan rumah tangga pada April 2019 dan kini mempunyai seorang cahaya mata.

Sumber : Instagram Aman Nassim

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*