“Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap.”- Ucapan Ammar buat Issey

Rancangan BMB (Bintang Mencari Bintang) pada musim pertama yang  telah menaikkan nama kumpulan Titan yang dianggotai oleh Azizul Ammar atau lebih dikenali dengan Ammar bersama partnernya Issey Fazlisham.

Ammar dan Issey mula rapat sejak mereka mula sama-sama aktif dalam bidang kebudayaan di Universiti. Melalui hubungan itu, mereka mula berjinak dalam dunia seni dengan memasuki rancangan pertandingan BMB yang telah menaikkan nama mereka dalam dunia seni.

Baru-baru ini, Ammar ada berkongsi sedikit ucapan buat teman baiknya itu, Issey di laman instagramnya.

“Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap.”

“Begitu juga dengan budak sebelah ni. Sama sama aktif dalam bidang kebudayaan kat U. Bertemu atas jodoh.”

“Banyak benda yang kebetulan dengan mamat ni, sama rabun warna, size baju sama, tinggi sama, size kasut sama, birthday plak agak menarik saya 4 hari awal bulan jun dia 4 hari akhir bulan jun.”

“Baik gaduh baik gaduh mesti ada. Tak gaduh tak partner lah. Tapi skrg dia dah terbang semakin tinggi, saya nak capai pun susah. Terbang tinggi tinggi bro, aku tunggu kau kat bawah.”

 

 

View this post on Instagram

 

Menara berkembar petronas. Kalau satu maka tak lengkap. Begitu juga dengan budak sebelah ni. Sama sama aktif dalam bidang kebudayaan kat U. Bertemu atas jodoh. Banyak benda yang kebetulan dengan mamat ni, sama rabun warna, size baju sama, tinggi sama, size kasut sama, birthday plak agak menarik saya 4 hari awal bulan jun dia 4 hari akhir bulan jun. Baik gaduh baik gaduh mesti ada. Tak gaduh tak partner lah. Tapi skrg dia dah terbang semakin tinggi, saya nak capai pun susah. Terbang tinggi tinggi bro, aku tunggu kau kat bawah. #titan

A post shared by (@armadaammar) on

Sementara itu, melalui perkongsiannya itu, mendapat maklum balas dari sahabatnya itu, Issey.

“Kita masih terbang level sama. Cuma arah berbeza.. cuma jarang bertembung untuk berkongsi oksigen. Insyallah. 2020. Doa agar ada peluang untuk kita. Huhu. Banyak yang sama. Nama mertua pun sama hahaha” 

Melihat kepada perkongsiaan itu, peminat-peminat yang rindukan kemunculan kumpulan #titan juga ada meletakkan harapan supaya mereka kembali beraksi.

Sumber : Instagram Azizul Ammar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*