Hati mulia, Usaha yang Baik Membuahkan Hasil, Mawar Rashid Hulurkan Bantuan..

Baru-baru ini, Heroin Drama #TqCaptain , Mawar Rashid telah membuat kutipan derma di laman instagramnya bagi membantu seorang bayi comel, Shahir Shamin Shuhardi yang menderita sakit sejak lahir lagi.

Adik Shahir merupakan anak bongsu daripa empat orang adik-beradik mengalami masalah saluran jantung terkalih (2 bulan), usus tersumbat (6 bulan), masalah saluran pernafasan sempit ketika umur 8 bulan dan paru-paru.

Kos yang digunakan untuk rawatan serta perjalanan pengurusan adik Shahir sebelum ini dikatakan berjumlah RM95000 tidak termasuk lagi dengan kos hutang serta rawatan-rawatan yang akan datang.

Berikutan dengan post berkenaan adik itu yang dilihat di Fcebook, ia membuatkan Mawar tersentuh dan terus melancarkan kutipan derma bagi membantu adik Shahir.

“Assalamualaikum semua followers yang disayangi. Hati Mawar luluh bila tengok si comel dan keluarga ni mendapat ujian macam ni. Mawar nampak post ni kat FB semalam. Terus Mawar pasang niat nak pergi ke tempat diorang kat kulim, Kedah and nak hulurkan bantuan semampu Mawar.

Tadi Mawar baru je call ibu kepada baby comel ni, nanti beliau akan hantar list keperluan baby ni.. ada yang nak hulurkan bantuan jugak ke kat baby comel ni? jom kita sama2 bantu 😢 jom ramai2 share post ni kat IG story…. tq all ❤️”

 

Sejurus itu, menerusi post yang dimuat naik oleh Mawar berkenaan hasratnya untuk membantu adik Shahir itu mendapat perhatian yang baik, rata-rata yang menghulurkan bantuan.

Hasil kutipan derma yang diberikan sentiasa diupadate oleh Mawar di laman Instagramnya serta perkembangan adik Shahir.

Wang yang diberikan itu juga akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan baby itu yang telah dilistkan oleh ibu baby berkenaan.

Sehingga kini, apa yang dilakukan oleh Mawar itu membuahkan hasil yang baik dan rata-rata membantu menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, rata-rata yang memuji dan mendoakan yang baik dengan tindakan mulia yang dilakukan oleh Mawar itu.

Terdahulu, Mawar telah melahirkan seorang puteranya pada 14 March 2019 hasil perkahwinannya dengan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara, Dato Fazlee Yaakob.

Sumber : Instagram MawarRashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*