Siti Nordiana Pen1ng ‘Dikenenkan’ Dengan Shuib

“Peninglah”.

Itu kata penyanyi popular Siti Nordiana apabila peminat cuba ‘menyatukan’ dirinya dengan pelawak dan pelakon popular, Shuib selepas mereka berduet pada program Semakin Cinta Shuib, baru-baru ini.

Foto: IG

Malah, persembahan mereka menerusi lagu Jangan Ada Dusta Di Antara Kita turut tular di TikTok termasuk nyanyian solo Siti Nordiana menerusi lagu Bersamamu dendangan asal Allahyarham Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Anggap itu usikan dan gurauan manja saja. Mungkin peminat suka dengan persembahan kami. Jadi, sebab itu mereka mula ‘kenenkan’.

“Saya sudah selalu hadapi situasi sebegini. Apatah lagi masing-masing belum berpunya dan selagi itu ada usikan. Ini juga rencah dalam industri hiburan. Apa pun, saya nak berterima kasih pada semua yang selalu mendoakan yang baik-baik pada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai pemilihannya menyanyikan lagu Bersamamu juga lagu kegemaran Shuib, Nana menyifatkan ia satu penghormatan buat dirinya.

“Terima kasih pada Astro dan Shuib atas tawaran diberikan. Apabila diminta menyanyikan lagu Bersamamu saya ikut saja.

“Diakui lagu ini memang ‘best’. Apabila diberi peluang, ia satu penghormatan untuk saya. Arwah juga kawan baik saya. Jadi, saya beri yang terbaik pada persembahan itu,” katanya.

Dalam masa sama, Nana tidak menolak jika terdapat lagi tawaran untuk bekerjasama dengan Shuib.

“Tak sangka Shuib nyanyi sedap. Malah, persembahan kami itu juga dapat sambutan menarik juga. Kalau ada lagi tawaran untuk kerjasama selepas ini, saya okay saja,” katanya.

 

 

Sumber:Hm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*