Fazura Terharu, Terima Jambangan Bunga Dari Suami Sempena Hari Ibu

SWEET! Pelakon Nur Fazura berkongsi video menerima kejutan sejambak bunga daripada suaminya aktor Fattah Amin sempena Hari Ibu baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Fattah turut menitipkan kata-kata manis yang membuatkan Fazura terharu dan rasa dihargai.

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (jambangan bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby.

“Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah, masya-Allah tabar-akallah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi perkongsian itu, Fattah mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak berkorban untuk dia dan anak mereka.

“Selamat Hari Ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima.

“Terima kasih mommy selalu jaga saya dan Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindungan-Nya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,” tulis Fattah.

Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*