“Thank You Daddy, Sayang Anak-Anak I Macam Anak Sendiri,” – Vicha Terharu Johnson Penyayang

Setelah lebih dua tahun tidak bersua muka dengan anak-anaknya yang menetap di Indonesia, pelawak dan pelakon Vicha melahirkan perasaan teruja apabila dapat bersama-sama berkumpul dan beraya dengan tiga anak perempuannya.

Meraikan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, Vicha turut berterima kasih terhadap suaminya, Johnson yang melayani anak-anaknya seperti anak sendiri.

“Raya tahun ini memang raya terindah sebab kita boleh kumpul semua. Alhamdulillah semoga kita selalu menjadi keluarga yang sakinah mawadah warohmah.

“Thank you Daddy @maniajohnson 7 tahun nak jalan 8 tahun ini. Susah senang kita lalui bersama… thank you dah sayang anak-anak i macam anak sendiri.

“Didik mereka menjadi anak yang lebih baik, lagi sayang dekat kami semua. Selalu sabar dan menjadi bapa yang penyayang dengan keluarga,” tulis Vicha.

Vicha, 34, mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aurel Angelina Khezy, Listy Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Ketiga-tiga mereka tinggal bersama keluarga Vicha di Bandung, Indonesia.

Vicha kembali mendirikan rumah tangga dengan Johnson, lelaki warganegara Nigeria pada Ogos 2018 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Trevor Ayomide yang kini berusia dua tahun.

Foto: Instagram Vicha

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*