Di hari raya, semestinya kanak-kanak yang paling gembira. Hal ini kerana kebiasannya mereka akan menerima duit raya daripada mereka yang lebih tua. Selalunya kanak-kanak akan menggunakan duit yang diperolehi untuk membeli mainan atau benda-benda yang menyeronokkan.
Namun berbeza pula bagi kisah adik ini.
Satu perkongsian di laman sosial memaparkan gelagat ibu yang membawa anaknya ke kedai emas. Ini kerana anaknya ingin membeli emas menggunakan duit raya yang diperolehinya semasa Aidilfitri baru-baru ini.
Pada awalnya, ibu kanak-kanak itu agak terkejut mendengar permintaan anaknya itu. Hal ini kerana jarang anak sekecil ini memikirkan perkara sedemikian. Namun ibunya lega kerana sekurang-kurangnya anaknya melaburkan wang itu kepada sesuatu yang boleh digunakan di masa depan.
Video :
View this post on Instagram
Pelbagai komen diberikan seperti :
@Wawa Zaini:Sama lah, tahun lepas beli gelang. sesak2 bole gadai buat duit belajar dia
@Nurulfarahin:eh same la sis… haha… si kecit sy dh pndai, smlm kira duit raya dia, dia dh ckp nk beli ap..maslahnye yg dia pilih kene tmbah duit ummi plk..haha
@GREENZANA87:dulu aku habis kan duit beli basikal bmx
@j:bagusnyee kecik ii dah ajar anak berdikarii
@Rara:Bagus budak leia ni pikir masa depan
@Ai.IntelligentReal:My daughter punya duit since lahir org sedekah sekali duit raya mmg sentiasa belikan emas, dari simpan dlm bank
@rawrtycanai:ofcoursee its always leia yang tahu pasal investment benda yang betul baguss leiaaa
@dieahh._:tpi srs tahun ni raya budak2 dapat duit bnyak anak nakan ak total dpat duit sebulan gaji 1000 lebih
@norlia075:baguih laa, mana yg baik kt ajaq anak²
@aliainsyirah:ada plk saiz dia ek aku cri hampeh tk dok jari kecik biasa lah nk cr saiz 7 tpi hmmm
@Sally Shah Shah:Bagus dik. Kecik kechik dah pandai melabur.
Didikan ibu bapa kepada anak anak begitu penting dalam pembesaran anak anak. Beruntung ibu bapa kepada kanak kanak tersebut kerana mempunyai seorang anak yang pintar dalam menguruskan wang ringgit. Barang kemas yang dibeli hasil daripada duit raya itu bukan sahaja boleh dijadikan barang hiasan diri malah boleh menjadi satu aset pelaburan kerana emas pada waktu kini begitu tinggi nilainya.
Sumber dari Tiktok dan Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply