“Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick ada berkongsikan kepada peminat mengenai perancangannya untuk membina sebuah pusat tahfiz di di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.

Memilih Lokasi Di Tempat Membesar

via Instagram Jannanick

Menurut perkongsian di Harian Metro, Janna memilih lokasi di Kampung Bukit Kechil kerana di situ merupakan tempat dia membesar selain memberi kepercayaan penuh kepada AJK masjid yang sememangnya ahli keluarga sendiri.

Janna berkata, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

Berkongsikan Perkembangan Pusat Tahfiz

Meninjau di Instagram Janna, kelihatan Janna ada membuat lawatan ke tapak pembinaan pusat tahfiz yang merupakan tempat kelahirannya itu.

Menurutnya lagi, setakat sekarang kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas kira-kira 8,000 meter persegi dan tambak tanah.

Netizen Tegur Cara Berpakaian

via Instagram Jannanick

Di ruangan komen, kelihatan netizen mengucapkan syukur dan mendoakan supaya proses pembinaan pusat tahfiz tersebut berjalan dengan lancar.

Namun ada juga netizen yang menegur cara pemakaian Janna yang dikatakan sedikit ketat ketika membuat lawatan tersebut dan agak tidak sesuai dengan situasi.

Sekadar info, menurut Janna, sebaik sasaran kutipan dicapai pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*