RM7,000 Les4p Dari Ak4un Idzham Ismail, Ini Nasihat Pihak Bank Kepadanya

PELAKON Idzham Ismail terpaksa berputih mata apabila kehilangan RM7,000 dalam akaun bank miliknya gara-gara perbuatan penggodam yang tidak diketahui.

Menurut Idzham, 34, wang dalam akaun tersebut merupakan simpanan untuk tujuan kecemasan dan mula sedar kehilangan apabila mahu menggunakannya pada 30 April lalu.

“Saya mula sedar duit hilang apabila mahu membuat pembayaran ketika berbuka puasa di sebuah restoran hujung Ramadan lalu. Tiba-tiba sahaja kad dari akaun tersebut tidak boleh digunakan.

“Apabila saya hubungi pihak bank mereka maklumkan kad bank itu bukan milik saya. Kad itu saya punya tapi jarang digunakan kerana kami buat sebagai simpanan waktu kecemasan.

“Selepas membuat laporan polis dan kepada pihak bank, barulah dapat tahu saya kehilangan hampir RM7,000 melalui pelbagai transaksi dalam masa satu hari,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terkejut dengan kejadian tersebut, Idzham bagaimanapun reda dan menyerahkan semuanya kepada pihak bank untuk siasatan lanjut dan tindakan seterusnya.

Dalam masa sama, Idzham juga mengambil langkah selamat untuk menukar semua kata laluan perbankan secara atas talian miliknya.

“Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

“Saya serahkan semuanya kepada pihak bank untuk tindakan lanjut. Memanglah mahu dapatkan kembali wang tersebut, tetapi tidak mahu meletakkan harap tinggi kerana banyak kes seumpama ini terjadi.

“Pihak bank juga telah nasihatkan supaya kami sekat dahulu akuan tersebut dan saya sendiri telah tukar semua maklumat kata laluan untuk akaun perbankan lain,” jelasnya.

idzham ismail 2

Idzham bersama isteri, Siti Nur Abilah dan dua anak mereka.

Walaupun bersedih dengan situasi ini, Idzham masih meraikan kemeriahan sambutan Hari Aidilfitri bersama keluarga.

Baginya, apa yang terjadi adalah ketentuan Allah dan satu peringatan supaya mengambil langkah lebih berhati-hati.

“Syukurlah masih ada duit simpanan lain untuk buat belanja hari raya. Walaupun sedih, raya kena sambut juga bersama keluarga yang lain.

“Ini adalah jalan yang telah ditentukan Allah. Kalau ada rezeki saya pasti akan dapat semula duit itu nanti,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*