Beri Duit Raya Sehingga RM100,000 Kepada Orang Ramai, Ini Jumlah Terkini Yang Telah Diberikan Oleh Iqbal

Usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli memberitahu yang dia ingin mengotakan janjinya untuk memberikan lebih banyak duit raya kepada orang ramai, berjumlah sehingga RM100,000.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story baru-baru ini, Iqbal berkata, dia baru menghulurkan duit raya sebanyak sekitar RM30,000 setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)


“Saya akan turun di airport KLIA dan saya akan bagi duit raya lagi kerana saya sudah berjanji. Setakat ini baru bagi RM30,000.

“Saya kena tunaikan janji saya kepada masyarakat semua untuk berikan duit raya. Tidaklah banyak, mungkin saya akan bagi secara random RM5, RM10 atau RM50. Itu pun jika wang saya mencukupi,” katanya.

Iqbal turut memohon bantuan jika ada antara pengikutnya yang mempunyai wang kecil untuk ditukarkan.

“Kalau siapa ada duit kecil juga kalau boleh standby untuk saya nak tukar dalam RM10,000 supaya ramai orang dapat,” katanya.

Begitupun, menerusi kemas kini seterusnya, Iqbal berkata, ada yang menghantar DM kepadanya bertanyakan kenapa dia memberi duit raya dan tidak menyumbangkan dana yang sama kepada orang susah atau tahfiz.

“Ramai DM saya, ‘Dari bagi duit raya, lebih baik bantu orang susah atau tahfiz’. Tidak sama. Bahagian itu di cerita lain. Saya kurang senang tunjukkan bahagian sedekah. Ada bahagian saya perlukan privasi.

“Macam pembahagian duit raya ini, kenapa saya perlu sebar dan mention jumlah RM100,000, supaya orang tahu apabila bertemu nanti, saya bersedia bagi duit taya. Suka-suka sahaja sekadar bermasyarakat,” tulis Iqbal panjang lebar.

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*