“Saya, Anak-Anak Okay Sahaja,” – Puteri Sarah Di Makkah, Allah Susun Cantik Perjalanan

Pelakon Puteri Sarah mended4hkan dia rasa tenang dan bahagia berada di Maklah selepas berangkat bagi menunaikan ibadah umrah.

Menurut Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia juga tidak mahu membiarkan isu orang ketiga membabitkan rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof menggangu perjalanan umrah.

Turut sama berangkat di sampingnya ialah dua anak, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

“Alhamdulillah, sepanjang di Madinah saya dan anak-anak okay saja. Semalam saya bertolak ke Makkah dan sampai saja terus buat umrah. Allah susun cantik perjalanan saya dari Malaysia hingga ke sini.

“Saya tidak mahu fikir apa yang berlaku. Cukup empat tahun saya memendam rasa. Selepas apa saya kongsikan di Instagram sebelum ini, biar orang tahu apa yang saya tanggung selama ini. Orang pun sudah tahu menilai.

“Setiap kali selesai solat di sini, saya berdoa semoga apa yang berlaku ini membawa cahaya dan sinar baru pada saya apabila pulang ke tanah air nanti. Semoga individu yang meny4kiti saya diberikan hidayah. Setiap kali itu juga saya mesti menangis,” katanya.

Malah jelasnya lagi, apa yang menjadi keutamaan kini adalah kebahagiaan diri dan masa depan kedua-dua anaknya.

Mengenai hubungannya dengan suami, Puteri Sarah berserah pada ketentuan Allah SWT.

“Apa boleh dibuat, saya hanya mampu berdoa. Apa pengakhiran rumah tangga saya selepas ini pun, saya reda. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada ketentuan Allah SWT.

“Doakan yang terbaik buat saya. Saya bertuah kerana mempunyai kedua ibu bapa mentua yang sangat baik,” katanya lagi.

Bercerita mengenai keadaan kedua anaknya ketika mengerjakan umrah, Puteri Sarah besyukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur Syaikhul dan Sumayyah ikut sekali tawaf. Mereka tak ‘complain’ pun. Rasa nak menangis sebab dapat anak baik. Terima kasih Allah kerana hadirkan mereka untuk saya dan menjaga saya,” katanya yang akan ke Istanbul, Turki selepas selesai umrah.

Terdahulu, Puteri Sarah buka mulut berhubung gangguan orang ketiga hingga menyebabkannya tidak tinggal sebumbung dan hubungan dengan suami dingin, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

 

 

Sumber : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*