“Ada nama sesuai untuk lelaki?” – Iqbal Kini Jadi Bapa

Usahawan yang pernah menyertai program Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia kini sudah bergelar bapa.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Iqbal bersyukur kerana impiannya untuk menjaga anak angkat akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Jelasnya, bayi lelaki berkenaan bari berusia tujuh hari dan dia turut merakam aktivitinya membeli kelengkapan bayi buat tatapan umum.

“Anak saya baru usia tujuh hari. Ada nama sesuai untuk lelaki?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

“Allah kabulkan doa saya. Jantinanya lelaki. Belum ada nama. Tali pusat pun belum gugur. Saya tidak boleh tunjukkan muka lagi.

“Saya akan jaga kesemuanya; mandikan, bagi susu, tidur bersama saya.

“Sesekali saya akan bagi ibunya jaga. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik, disayangi semua orang.

“Doakan saya juga dimurahkan rezeki untuk ada ramai lagi anak.

“Siapa mahu bagi tip penjagaan bayi awal lahir? Atau ada nama yang sesuai untuk diberi? Boleh komen dibawah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran sama, Iqbal turut melarang sesiapa sahaja yang mahu menyentuh muka anaknya, sebagai langkah perlindugan.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*