‘Kembar’ Zul Ariffin Curi Tumpuan, Ini Kisah Disebaliknya

Mempunyai raut wajah yang sama dengan selebriti mungkin boleh menjadi satu kelebihan bagi seseorang. Macam seorang lelaki ini yang mencuri tumpuan ramai apabila dia digelar sebagai kembar kepada Zul Ariffin baru-baru ini.

Malah video tersebut juga tular dan meraih hampir sejuta tontonan setakat ini di mana ramai yang tergamam melihat persamaan mereka ini. Namun sebenarnya, lelaki itu bukanlah ‘kembar’ Zul Ariffin seperti yang disangkakan oleh orang ramai.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang memberikan ucapan selamat hari raya kepada pengikutnya. Dalam masa yang sama, raut wajahnya kelihatan begitu sama dengan pelakon Zul Ariffin sekaligus membuatkan ramai tertarik melihatnya.

Bukan sahaja mempunyai wajah yang sama malah suara dan gayanya juga dilihat sama dengan pelakon terkenal itu. Lelaki itu juga sempat menjawab komen dari pengikutnya yang menyangkakan lelaki itu adalah Zul Ariffin pada awalnya.

zul ariffin

Namun sebenarnya, pemilik akaun itu hanya menggunakan aplikasi Deepfake yang mampu mengubah wajah seseorang kepada wajah selebriti terkenal. Disebabkan itulah, lelaki itu kelihatan begitu mirip sekali dengan pelakon itu hingga ada yang menggelarnya kembar Zul Ariffin.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut melihat persamaan yang jelas ini. Malah ada yang berseloroh lelaki itu kelihatan seperti Zul Ariffin namun dalam versi yang berbeza.

“Abang zul extra yis.”

lelaki

“Zul Ariffin versi lepas raya.”

kembar

“Kurus kompom jadi Zul Ariffin.”

komen

“Lama sangat tak pergi gym.”

tik tok

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*