Asalnya nak selfie je, suami isteri terkejut kanak-kanak comel spontan doakan rezeki anak… Ramai puji hebat didikan mak ayah

KEPETAHAN seorang kanak-kanak comel yang begitu dikenali sebagai Yaya di media sosial sekali lagi mencvri perhatian warganet.

Aks1 spontan si cilik itu selepas diberitahu oleh pasangan suami isteri mengenai anak mereka telah men1nggal dun1a, ternyata mengejutkan.

Menerusi video perkongsian bapanya Fyaireez di laman sosial, menunjukkan Yaya menadah tangan dan berdoa sejurus dimaklumkan berita sedih itu.

“Tadi semasa berada di Aman (Kompleks beli-belah Aman Central di Kedah) ada pasangan suami isteri ligan (mengejar) kami kerana mahu bergambar bersama Yaya. Mereka cakap minat sangat dengan Yaya.

Ciapan yang dibuat ayah Yaya.

Ciapan yang dibuat ayah Yaya.

“Kemudian, dia beritahu yang anaknya sudah men1nggal dun1a. Aku terus maklumkan pada Yaya ‘Yaya anak aunty tu sudah men1nggal’.

“Yaya terus mendoakan untuk uncle dan aunty tersebut supaya mendapat rezeki anak,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Menurutnya lagi, reaksi tiba-tiba itu membuatkan dia rasa bersyukur kerana dikurniakan anak seperti Yaya.

“Terima kasih Yaya, sentiasa buat mama (mak) dan abi (ayah) bangga dengan Yaya. Semoga doa Yaya diangkat Allah.

Yaya sering muncul di aplikasi TikTok bersama ayahnya.

Yaya sering muncul di aplikasi TikTok bersama ayahnya.

“Buat uncle dan aunty tadi, semoga kuat tempuhi dugaan Allah. Sudah ada anak syurga seorang, semoga ada rezeki dapat anak lagi lepas ini,” tambahnya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter Fyaireez, ia diulang kicau lebih 5,000 kali selain menerima 13,700 tanda suka.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan memuji dengan tindakan Yaya yang begitu menyentuh emosi.

Ada juga yang berharap agar dikurniakan anak yang cerdik dan comel seperti kanak-kanak itu.

Ia berikutan kanak-kanak cilik itu terkenal di laman sosial media kerana sering melakukan live dalam loghat utara bersama ayahnya.

Kids never lie and their reaction is very pure. Ia cerminan kepada cara dia dibesarkan dan dididik… tersentuh hati tengok.

“Hati saya menangis… baik dan cerdiknya Yaya.

“Saya pun semasa mengandung sentiasa tengok video Yaya. Selalu doakan anak akan bijak, cerdik, comel macam Yaya. Tapi tidak sempat tengok arw4h bayi Alyssa membesar, tapi saya yakin arw4h memang budak yang bijak juga.

Antara komentar netizen.

Antara komentar netizen.

“Semoga nanti kalau sudah berkahwin, dikurniakan anak macam Yaya,” luah beberapa warganet.

Tidak kurang juga netizen yang memuji cara didikan mak dan ayah Yaya yang disifatkan berjaya.

Kanak-kanak tersebut bukan hanya petah berkata-kata di usia muda malah memahami situasi dan keadaan semasa.

“Hebatnya didikan ibu bapa dia.”

“Tahniah ibu dan ayah Yaya! Berjaya membesarkan dia dengan baik.”

Good kid, good parent, incredible parenting skills. Semoga dirahm4tiAllah,” puji segelintir warganet.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*