Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon, Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata keduanya semalam.

Bagaimanapun berita gembira itu dimaklumkan Eyra hari ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada 29/4/2022, pukul 6:18 petang. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Hantaran itu disertakan bersama foto yang merakamkan Eyra sedang memangku anak keduanya sambil tersenyum bersama suami dan anak sulunynya.

Dalam pada itu, ruangan komen foto berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.

Terdahulu, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Hayder Qhalish.

Komen Netizen:

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*