“Macam atok dia dah” – [VIDEO] Kanak-kanak ‘Compare’ Pervt Dengan PM Dalam TV Buat Netizen Terbah4k!

Musim perayaan ini, mesti ramai yang mengambil peluang untuk membeli-belah sempena persiapan Aidilfitri.

Meskipun ramai yang dapat menyambut Aidilfitri di samping orang yang tercinta, ramai juga yang terpaksa beraya berseorangan kerana ketiadaan keluarga.

Tahun ini, banyak pusat jagaan seperti rumah anak-anak yatim membawa kanak-kanak keluar untuk membeli-belah sebagai persiapan raya.

Semalam, tular sebuah video yang mengundang tawa netizen apabila seorang kanak-kanak melakukan sesuatu yang sangat luar dari jangkaan!

Kanak-kanak tersebut bertindak membandingkan perutnya dengan perut Perdana Menteri (PM), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi laman Twitter, kanak-kanak tersebut difahamkan bernama Adam dan dia merupakan seorang anak yatim dari sebuah rumah anak yatim dan pertemuannya dengan PM itu berlaku ketika PM meluangkan masa bersama 54 orang anak yatim serta golongan asnaf.

“Dia makin kelakar sebab masuk berita!” 

Walaupun video tersebut mempunyai durasi yang pendek, ia sudah cukup untuk menghiburkan hati netizen.

Ramai yang kagum dengan keberanian kanak-kanak itu malah ada juga yang merasakan video tersebut sangat wholesome  dan comel.

Cute kan? PM kita pun sempoi je melayan dia!

Komen Netizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*