Pernah tidak anda terserempak dengan mereka yang mempunyai wajah yang sama dengan anda? Jika pernah, pastinya situasi tersebut sangat kekok apabila anda menjumpai kembar anda yang tidak pernah dijumpai selama ini kan.
Sama juga macam situasi yang dikongsikan penyanyi Black Hanifah ini apabila dia terserempak dengan seorang lelaki dengan rupa yang sama dengannya. Malah video tersebut juga tular di mana ianya kini meraih lebih dua juta tontonan setakat ini.
Di dalam video yang dikongsikan ini, Black dilihat baru sahaja selesai melakukan persembahan dan begitu teruja berlari. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang lelaki yang muncul di belakangnya yang kekal tercegat di situ seolah-olah sedang menunggu seseorang.
Lebih melucukan, lelaki itu kelihatan sama dengan penyanyi itu sehingga dia menggelarkan lelaki itu sebagai kembarnya sendiri. Dalam masa yang sama, kedua-dua mereka turut kelihatan terkedu sebaik sahaja melihat satu sama lain.
Reaksi mereka ini turut membuatkan netizen tergelak melihatnya ditambah pula dengan gelagat lelaki itu yang kekal berdiri di situ. Malah ada yang berseloroh mungkin juga lelaki itu sebenarnya adalah kembar kepada Black yang terpisah selama ini.
“Macam dua beradik je.”
“Nasib baik teruskan lari kalau kena culik tak dapat balik raya tahun ni.”
“Bahaya tu black, penculik ada di mana-mana…”
“Kembar tak didendang.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply