Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rutin harian bersama peminatnya menerusi vlog yang dimuat naik di laman YouTube.
Penyanyi berusia 40 tahun itu menjayakan ‘photosh00t’ untuk iklan terbaru jenama telefon pintar global iaitu Vivo yang berkonsepkan diva dan elegan.
Selesai ‘photosh00t’ selama enam jam, penyanyi mesra disapa sebagai Tokti itu sempat mengusik salah seorang pembantunya Aiman yang tertidur akibat kepenatan.
Lebih menarik perhatian apabila Tokti juga melakukan kejutan dengan menghadiahkan dua buah telefon Vivo V15 Pro kepada dua pembantunya termasuk Aiman.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan kedua-dua pembantunya bertuah kerana mempunyai majikan yang baik hati dan memahami.
Sumber:Siti Official Video
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply