Kalau ditanya tentang lagu raya kegemaran ramai, mesti salah satu lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan menjadi sebutan. Boleh dikatakan lagu raya dari Tokti sangat ikonik dan pasti akan dipasang setiap kali Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba.
Namun baru-baru ini, perkongsian dari seorang lelaki ini menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia mendakwa lirik lagu Sesuci Lebaran adalah toksik. Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai yang menjelaskan maksud sebenar di sebalik lirik yang dimaksudkan itu.
https://twitter.com/RatuBalqisah/status/1518859986431987712?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1518859986431987712%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2022%2F04%2F27%2Fdakwa-lirik-lagu-sesuci-lebaran-toksik-lelaki-ini-disekolahkan-oleh-netizen%2F
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan nyanyian lagu Sesuci Lebaran dan kemudiannya mempersoalkan maksud di sebalik lirik tersebut. Menurutnya, barisan lirik “miskin hina” yang terdapat di dalam lagu itu adalah toksik dan seolah-olah hina menjadi seorang miskin.
Perkongsiannya ini turut menerima kecaman dari netizen kerana ia tidaklah seperti yang disangkakan oleh lelaki itu. Malah ada yang berkongsi maksud di sebalik lirik itu yang sama sekali tidak merendah-rendahkan golongan miskin seperti yang didakwa lelaki itu.
https://twitter.com/NZSilversea/status/1518899881607561216?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1518899881607561216%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fhimpunanceritalawak.com%2F2022%2F04%2F27%2Fdakwa-lirik-lagu-sesuci-lebaran-toksik-lelaki-ini-disekolahkan-oleh-netizen%2F
Individu itu juga siap menjelaskan maksud “miskin hina” yang dijumpai di dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka berkenaan lirik tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang meminta lelaki itu untuk tidak menuduh sembarangan tanpa menyiasat terlebih dahulu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan reaksi mereka melihat perkongsian tersebut. Ada juga yang menganggap mungkin juga lelaki itu sejujurnya tidak tahu maksud sebenar di sebalik lirik lagu raya itu.
“Miskin tak hina tapi orang baju hitam pakai spec lepastu main tiktok waktu kerja tu yang paling hina.”
“Tengok rupa dah tua, bukan budak lagi. Maksudnya bukan first time lah dia dengar lagu Sesuci Lebaran ni…”
“Ya ampun, susah nak explain tapi maksud lirik tu bukan merendahkan orang miskin…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply