Sepanjang ramadan tahun 2022, banyak makanan yang dijual untuk juadah berbuka puasa viral dikongsikan oleh pembeli. Ada pelbagai kisah menarik yang dikongsikan dan juga sebaliknya.
Antara yang begitu hangat mendapat sambutan merupakan nasi Arab daripada Cef Ammar Ali dimana ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi Arab dijualnya.
Namun begitu itu cerita mengenai nasi, Youtuber dan pengarah terkenal Syahmi Sazli pula tidak semena-mena hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini kerana air yang dijualnya juga antara yang menjadi ‘tersohor’ sehingga mendapat pelanggan yang sanggup beratur panjang.
Terdahulu, Syahmi Sazli tular dengan menerima pujian ramai kerana berniaga air meskipun ramai mengetahui kejayaannya di Youtube mahupun sebagai pengarah filem lalu menyebabkan dia dipuji seorang yang sangat humble.
Dalam pada itu, menyaksikan pula hantaran video terbaru Syahmi Sazli di Instagram, dia meluahkan rasa syukur apabila jualan air mendapat sambutan sehingga habis 860 tin susu.
View this post on Instagram
Hantaran video oleh Syahmi Sazli tersebut tidak sekadar menarik perhatian ramai dengan sikap humble dirinya malah air yang dijual juga dipuji apabila tidak mudah tawar malah boleh diminum sehingga ke sahur.
“Menangis orang Terengganu tengok ni…”
“Kau ni memang betul-betul inspirasi la, berjalan saja otak kau ya”
“Selangor ada chef Ammar, Kelantan ada Syahmi Sazli”
“Boleh bagi peluang perniagaan pada anak-anak”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: HCL
Leave a Reply