Fazura Terkedu! Dalam 1 Minit, Tudungnya Habis Terjual

Pelakon jelita Fazura tidak menyangka jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Malah, reaksi Fazura yang seakan tidak percaya itu mula tular di platform TikTok.

Apa yang menariknya, jualan produk itu habis terjual ketika aktres cantik itu baru saja melakukan siaran langsung di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata i tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, i belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat wajah Fazura yang seakan tergamam melihat barang jualannya laris dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen, ramai yang menyamakan fenomena tudung Fazura dengan Sambal Nyet daripada Khairul Aming.

Ini kerana, kedua-duanya mampu membuatkan jualan mereka ‘sold out’ dalam hanya beberapa minit.

Malah, ramai juga yang merungut apabila sehingga kini masih belum berkesempatan untuk menyarung tudung milik pelakon hebat itu.

Pautan Video

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*