Elyana buka ‘booth’ sepanjang Ramadan, seronok berniaga sambil jumpa peminat… Sambung rawatan kem0terapi selepas raya

MAHU mendekatkan diri dengan peminat, penyanyi Elyana membuka gerai menjual pakaian dan makanan di tiga lokasi di sekitar Lembah Klang sepanjang Ramadan.

Mengakui seronok dapat berjumpa peminat dan pelanggan, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata dia tidak berdepan sebarang cabaran ketika berniaga.

“Sepanjang Ramadan ini memang saya berniaga… antara lokasi saya berniaga di Publika, Bangi dan Puchong. Bukannya nak berniaga sangat tapi sebenarnya nak lebih dekat dengan peminat.

Elyana 1

Elyana menjual pakaian seperti jubah.

“Sebab itu kita berniaga di sekitar KL dan Selangor. Senang la untuk peminat nak membeli dan bertemu dengan saya. Cabaran berniaga bulan Ramadan ini, saya rasa biasa saja.

“Cumanya kita tak dapat makan dan minum, jadi penat sikit. Waktu pelanggan datang membeli pun lain sebab mereka pun tengah berpuasa… jadinya selepas berbuka barulah ramai orang,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu itu turut berkongsi aktiviti dia berniaga di laman Instagram miliknya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa keterujaan dapat bertemu Elyana selain memberi sokongan dengan membeli barangan jualan penyanyi itu.

Dalam pada itu, Elyana yang juga seorang pelakon turut memberitahu keadaan kesihatannya semakin baik dan bakal meneruskan semula rawatan kemoterapi selepas sambutan hari raya.

Elyana 2

Elyana bersyukur keadaan kesihatannya semakin baik.

“Buat masa sekarang, keadaan saya okay, Alhamdulillah. Cumanya iyelah kalau penat sangat, kita akan rasa kesihatan turun sedikit la tetapi buat masa ini masih baik.

“Saya masih boleh kawal keadaan kesihatan saya. InsyaAllah selepas raya saya akan sambung semula rawatan kemoterapi,” ujarnya.

Pada awal Disember tahun lalu, Elyana berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang sudah bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*