Niat Baik Pemuda Ini Bagi Anjing Jalanan Makanan Turut Dapat Perhatian Tengku Permaisuri Selangor

Setiap makhluk yang berada di muka bumi ini haruslah mempunyai hak yang sama untuk hidup. Bukan sahaja kucing jalanan sahaja yang harus dijaga dan diberikan makanan tetapi haiwan lain seperti anjing juga haruslah dilayan sama.

Anjing juga haiwan yang sama seperti kucing kerana anjing ini bersifat setia dan boleh dijadikan teman. Tetapi oleh kerana kekangan agama yang menghadkan untuk menyentuh anjing jadi ramai yang tidak suka menghampiri anjing apatah lagi untuk memberi makanan kepada mereka.

Tetapi lain pula yang difikirkan oleh seorang jejaka yang bernama @faiz.aizif Ini. Jejaka ini selalu memuatnaik video dirinya yang suka memberi makanan kepada 16 ekor anjing itu dan dimuatnaik pada Aplikasi Tik Tok miliknya.

Walaubagaimanapun bukan sahaja dirinya tetapi beliau juga mendapat sedikit sumbangan dari Permaisuri Selangor iaitu Tengku Norashikin yang juga berkenan untuk memberikan sumbangan makanan kepada 16 ekor anjing itu.

Pautan Video

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji kebaikan Permaisuri Selangor yang baik hati memberi sumbangan makanan kepada anjing- anjing itu dan turut juga memuji usaha murni yang dilakukan saudara Faiz yang sering beekongsi rezeki dengan anjing-anjing itu.

Komen Netizen:

 

Sumber : Tiktok faiz.aizif

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*