Fazura Belanja Stafnya Beg Jenama Mewah Sebagai Tanda Penghargaan

Pelakon dan penyanyi Fazura makin aktif dengan perniagaan tudung keluarannya, Tudung Fazura. Siapa yang tidak tahu dengan tudung Fazura, setiap kali melancarkan koleksi terbaru pasti mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Belanja beg mewah

Pautan Video :

Terbaru, nama Fazura menjadi sebutan ramai selepas berkongsi rezeki dengan staf-staf yang setia menjadi tulang belakang.

Menerusi akaun TikTok @sonichussien, aktres berumur 39 tahun itu dilihat menghadiahkan beg berjenama mewah kepada pekerjanya namun tidak diketahui seramai berapa orang.

Difahamkan, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin yang ditemani suami tercinta, aktor Fattah Amin menghabiskan puluhan ribu ringgit sebagai tanda menghargai usaha keras dan tenaga yang telah diberikan.

Penyampai radio DJ Sonic yang sering menjadi pengacara majlis Fazura antara individu bertuah menerima beg yang bukan calang-calang harganya untuk setiap unit.

Tak pernah tunjuk kemewahan

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sifat peribadi pelakon filem Pisau Cukur yang bermurah hati berkongsi rezeki.

Malah, ada peminat yang memuji dengan sikapnya yang tidak gemar menayang kemewahan di media sosial.

 

Sumber : ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*