Bayi 4 bulan tidur tak bangun-bangun, ibu sedar badan dah sejuk… Arw4h si comel positif Covid-19 tanpa sedar

IBU mana yang tidak terkejut apabila anak yang lincah tiba-tiba terkujur kaku tidak sedarkan diri.

Lebih menyedihkan apabila dalam keadaan kecem4san itu, tidak ada satu pun hospital swasta yang ingin menerima pes4kit.

Berkongsi cerita tentang kematian anak yang baru berusia empat bulan dua hari, Aina Mazlan memberitahu, anaknya disahkan men1nggal dun1a pada pukul 6.47 petang, 12 April lalu.

Ujarnya pada pagi hari kejadian, dia membawa dua anaknya iaitu Aidan serta Aurelia Adreena Mohamad Afi ke kedai makan ibunya kerana mahu membeli barang-barang tempahan gift box kuih raya.

“Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta. Semasa ibu jagakan, Aurelia dalam keadaan baik dan bermain dengan nenek dia… mereka juga buat panggilan video dengan datuk.

Aurelia baru berusia 4 bulan 2 hari.

Aurelia baru berusia 4 bulan 2 hari.

“Dalam pukul 12, saya dan anak-anak balik rumah seperti biasa. Bagi anak sulung main dengan adik dia sebelum tidur dan pada masa ini, Aurelia masih aktif serta tidak tunjukkan tanda s4kit mahupun dem4m.

“Dia tak menangis mahupun merengek, kemudian kedua-dua beradik itu tidur. Nak dijadikan cerita, pada pukul 5 petang saya tengok mereka masih tidur dan berfikir mungkin masih penat, jadi saya terus ke dapur untuk mengemas.

“Selepas 30 minit, saya tengok balik dan nak kejut bagi susu… tapi bila angkat, Aurelia tidak beri sebarang tindak balas,” kongsinya di Twitter.

Terkejut dengan situasi itu, dia cuba mengejutkan Aurelia dan mendapati mata anak keduanya tertutup sebelah dan badan sudah sejuk.

Gambar kenangan Aidan bersama adiknya.

Gambar kenangan Aidan bersama adiknya.

“Saya, suami dan anak sulung terus ke klinik berdekatan kerana pada masa itu orang sedang bersiap sedia untuk berbuka puasa dan takut jalan ses4k.

“Sampai ke klinik, doktor suruh buat CPR sementara menunggu ambulans tiba. Mereka menghubungi kesemua hospital swasta yang berdekatan tetapi tiada yang mahu terima pes4kit dalam keadaan tidak sedar diri kecuali hospital kerajaan,” katanya yang menetap di Kota Damansara, Selangor.

Syukur Hospital Sungai Buloh sedia menerima Aurelia

Tambahnya, sementara menunggu ambulans sampai, doktor di klinik terus memberikan CPR dan mereka turut menyatakan ‘no pulse‘.

“Doktor sentiasa sebut ‘no pulse‘. Saya rasa kosong sangat pada masa itu. 15 minit kemudian ambulan sampai dan terus ke Hospital Sungai Buloh, dalam perjalanan ke sana baby dapat oksigen dan masa tu dia buka mata.

“Sampai saja di hospital, terus masuk ke Unit Rawatan Rapi dan saya tunggu di luar. Semasa menunggu, beberapa doktor keluar dan bertanya jika ada ahli keluarga terdekat yang positif Covid-19 di rumah. Saya jawab tiada kerana melakukan ujian pengesanan w4bak empat hari berturut-turut dan keputusan negatif.

“Tiba-tiba doktor maklumkan yang Aurelia positif sedangkan dia tiada sebarang simpt0m. Tidak dem4m, batuk mahupun selsema. Dia elok sihat dan ceria. Kemudian dalam pukul 6.47 petang, ada seorang doktor keluar panggil saya dan maklumkan baby dah men1nggal dun1a, mereka dah cuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya,” katanya lagi.

Pengebumian hanya dihadiri suami dan ayahnya sahaja.

Pengebumi4n hanya dihadiri suami dan ayahnya sahaja.

Walaupun sed1h dengan keadaan yang menimpa itu, dia tetap reda.

Namun katanya, dia sekali lagi diduga apabila pada hari pengebvmian, dia dan anak sulung tiba-tiba positif.

“Urusan pengecaman m4yat, mandikan jen4zah hanya dilakukan oleh suami kerana keputusan ujian dia negatif,” katanya yang turut bersyukur kerana urusan pengebvmian dipermudahkan dan dapat dilakukan oleh suami bersama ayahnya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*