Lama Tak Muncul, Ramai S4yu Teng0k Perubahan Fizik4l Zamani

Lama juga tidak nampak penyanyi popular 90an Zamani Slam muncul di mana mana pentas nyanyian.

Siapa je yang tidak kenal dengan Zamani. Suara beliau yang begitu unik dengan lagu lagu yang sangat sedap didengar.

Zamani Tidak Sihat

Tahap kesihatan penyanyi legend, Zamani Slam sememangnya diketahui umum tidaklah seperti dahulu lagi. Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit berubah.

Sebelum ini, Zamani pernah menjelaskan yang dia menghidapi masalah tulang belakang. Penyanyi lagu Gerimis Megundang itu juga tidak menafikan penggunakan da dah satu ketika dahulu memberi kesan kepada penyakit yang dihidapi kini.

Nampak ketara perubahan Zamani

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anna Sofia, dia telah memuat naik satu rakaman video penampilan terkini penyanyi itu di satu majlis berbuka puasa.

Apa yang membuatkan ramai peminatnya sedih adalah kondisi struktur tulang belakang Zamani yang semakin membengkok.

VIDEO:

“Minta maaf sebab dah tak macam dulu”

Dalam pada itu, Anna Sofia juga menjelaskan yang artis tersebut sempat memohon maaf di atas kondisinya yang tidak seperti dulu lagi ketika menjayakan persembahan.

Rakaman persembahan tersebut turut dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan komen daripada peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

Nampak agak kurang selesa dengan struktur tulang belakang

Menjengah ke ruangan komen TikTok Anna Sofia, rata-rata warganet mengakui mengagumi sosok penyanyi tersebut walaupun ada sedikit rasa kasihan melihatnya yang masih gigih menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.

Mereka juga tak lepas daripada mendoakan agar kesihatan Zamani terus membaik dan kekal sihat serta terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantunya’.

Tulang belakang Zamani makin bengkok

Terdahulu Penyanyi terkenal, Zamani Slam mendedahkan sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat masalah tulang belakangnya yang semakin membengkok.

Pelantun lagu popular Gerimis Mengundang itu berkata, perubahan keadaan fizikalnya itu semakin ketara dan tidak dapat disorokkan lagi, namun setakat ini dia masih boleh mampu membuat persembahan tanpa sebarang masalah.

“Para peminat dan penonton memang akan perasan perubahan keadaan fizikal saya, memang ketara dan saya memang tidak boleh nak sorok.

“Tapi selagi tidak menganggu kerja saya, selagi tu saya akan teruskan menyanyi dan membuat persembahan,” katanya ketika ditemui selepas majlis promosi Program Ihya’ Nurani Kasih Ramadan bersama Zamani dan The Siblings Band pada 1 Mei ini di Hotel LaCrista Melaka.

Mengulas lanjut, pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, itu berkata, dia juga kini melakukan rawatan alternatif termasuk perubatan secara tradisional dan penggunaan katil Ceragem.

“Sambil mendapatkan rawatan profesional, saya ada berubat jugalah sebab saya takut masalah tulang belakang ni jadi teruk sampai tidak boleh bekerja, itu masalah.

“Setakat ni Alhamdulillah, cuma saya tidak boleh aktif sangat atas pentas. Sekarang saya pun ada katil Ceragem di rumah, baru je pakai. Jadi, kita tengoklah dulu macam mana setakat mana ia boleh membantu tulang saya,” katanya.

Menurut Zamani, dia sudi berkongsi keadaan kesihatannya itu agar peminat tidak risau atau tertanya-tanya perubahan ketara fizikalnya dan mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan tulang belakangnya menunjukkan perkembangan positif

 

 

Sumber:TikTok Anna Sofia via OMM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*