lmam Tarawih Terkejut Terima Surat M!steri Wanita ‘Offer’ Nak Jadi Isteri

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai cerita seorang wanita yang sanggup datang ke surau semata-mata ingin memerhatikan seorang imam tetapi rupa-rupanya imam tersebut merupakan suami kepada wanita itu.

Namun, lain pula kisah yang terjadi kepada pemuda ini apabila dia menerima sepucuk surat daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

Imam Tarawih dapat surat cinta

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hakim Arrazali di TikTok, menceritakan bahawa dia baru sahaja selesai menjadi imam bagi solat Tarawih di salah satu surau berhampiran rumahnya.

Hendak dijadikan cerita, dia terkejvt apabila menerima sepucuk surat dalam raga motosikalnya yang diparkir di surau berkenaan. Bukan itu sahaja, kandungan surat m!steri itu turut terisi wang sebanyak RM50.00.

“Nak tanya imam-imam Tarawih pernah dapat macam ni tak?”

Lebih mengejvtkan lagi apabila peminatnya itu meluahkan keinginan untuk berkenalan dan mengenali hati budi masing- masing. Dalam pada itu, wanita berkenaan ingin menjadikannya sebagai suami sekiranya lelaki tersebut sudi menerimanya.

Susulan daripada itu, Hakim menasihatkan supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hati mahupun menerima perasaan ‘si dia’ sekiranya hati dan diri masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikahi). Jangan sesekali guna cara yang har4m (couple). Jangan halalkan apa yang telah dihar4mkan oleh Allah.

Nasihat saya andai kamu belum bersedia untuk menikahi jangan cuba-cuba untuk mendekati. Tak salah dia mencuba tapi janganlah kamu mengambil kesempatan atas harap si dia.”

‘Jaga hati, jaga iman ya akhi’

Pautan Video :

 

KOMEN NETIZEN;

‘Ada masjid yang perlukan imam Tarawih?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah yang dimuat naik lelaki berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber : Tiktok hakim_arrazali / Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*