Mereka yang membesar dengan menonton drama Melayu pastinya cukup kenal dengan pelakon Mustapha Kamal. Kebiasaannya pelakon ini terkenal dengan watak sebagai seorang pengarah syarikat besar dan dalam keluarga yang berada.
Sampaikan watak itu sudah melekat pada imejnya sehinggalah ramai yang akan menggelarnya sebagai pengarah syarikat Megah Holdings. Baru-baru ini pula, video ucapan raya dari pelakon itu turut mencuri tumpuan ramai menerusi akaun Tik Tok miliknya ini.
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pelakon itu yang seperti berada di sebuah set penggambaran raya di belakangnya itu. Dalam masa yang sama, dia juga dilihat memakai baju melayu seperti sedang menyambut hari raya.
Mustapha Kamal kemudiannya memberikan ucapan raya kepada para peminatnya dan sempat memberikan sedikit nasihat. Menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon itu turut berseloroh akan memberikan lima bulan bonus raya kepada pekerja di syarikat Megah Holdings.
Lebih melucukan, ianya akan diberikan kepada para pekerja yang hadir ke solat raya Aidilfitri sahaja sekaligus mencuit hati netizen. Malah ramai pula yang mengaku bekerja di syarikatnya itu dan berterima kasih dengan pemberian bonus raya tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat ucapan raya yang dikongsikan ini. Ada juga yang turut melayan sahaja kerenah pelakon itu yang sering terbawa-bawa dengan wataknya di dalam drama yang pernah dilakonkan.
“Ala nape lah dulu dulu tak dapat kerja dengan papa.”
“Papa, saya nak jadi secretary papa boleh.”
“Sedaplah staff megah holding dapat 5 bulan bonus.”
“Tq bos. Lepas lah beli langsir raya.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply