Pesanan dan doa pelakon Puteri Sarah buat anak sulungnya, Syaikhul Islam agar menjadi insan berguna buat keluarga mengund4ng seb4k ramai pihak.
Menerusi hantaran dalam Instagram, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menitipkan pesanan dan doa tersebut sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kelima semalam.
“Anak soleh nanti jaga mama okey. Tak lama lagi abang sudah cecah usia yang ke lima tahun. Kita sambut di Madinah okey.
“Sudah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu,” tulisnya sambil berkongsi foto kenangan bersama Syaikul.
View this post on Instagram
Rata-rata peminat dan rakan artis turut sebak dan sedih dengan pesanan dan titipan doa pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu lebih-lebih lagi dia kini sedang dihimpit dengan masalah rumah tangga.
“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat @puterisarahliyana.
“Awak kena kuat demi anak-anak. Apapun anak-anak mesti menjadi keutamaan. Semoga Allah permudahkan urusan awak untuk membesarkan amanah yang diberi-Nya ini,” tulis netizen.
Terdahulu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pengarah Syamsul Yusuf dikatakan sedang bergolak hingga menjadi perhatian netizen.
Sebelum ini, Puteri Sarah, 36, mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mend4kwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap dingin.
Syamsul dalam satu kenyataan sebelum ini juga mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercer4i.
Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Komen Netizen:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: kosmo
Leave a Reply