KETUPAT bukan sahaja menjadi hidangan wajib merai lebaran, malah ia juga dinikmati bersama rendang dan serunding sepanjang bulan Ramadan.
Namun tidak sedap dilihat adalah satu video yang tular, menunjukkan seorang peniaga didakwa menjual ketupat yang dipanaskan semula sehingga teksturnya bertukar keras seperti batu.
Seorang pelanggan yang dikenali sebagai Muslim Hashim membuat pendedahan itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia tular dan meraih lebih 130,000 tontonan.
“Tengoklah sekmung (kamu), berbuka puasa beli ketupat RM2, nak makan ketupat, nak ambil isi kena pakai lesung. 50 sen sebutir.
View this post on Instagram
“Dah la aku berbuka puasa makan benda ni je. Roti John untuk makan nanti,” ujar pelanggan itu.
Dalam video sama, dia turut mengetuk ketupat berkenaan menggunakan lesung batu.
Pelanggan itu berkongsi video menerusi laman TikTok.
Dia kemudian membaling ketupat berkenaan ke lantai untuk membuktikan tekstur keras hidangan berkenaan.
Apa yang mengejutkan apabila ketupat itu langsung tidak pecah, malah teksturnya kelihatan masih sama selepas dibaling ke lantai.
“Ya Allah, nak berniaga pun,” ujar pelanggan itu lagi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa kasihan terhadap lelaki berkenaan.
Pada masa sama, ramai yang turut menjadikan ketupat yang dibelinya sebagai bahan jenaka.
“Jangan lempar rezeki bang. Kalau keras sangat tak perlu makan, nanti patah gigi.
“Mak ai macam mana lah niaga benda macam ni?
“Benda tu dah seminggu punya, penjual duk ulang panaskan jual balik.
“Biasa kalau keras macam tu, yang tak habis semalam dia goreng perhangatkan semula.
“Saya kasihan tapi tergelak sekali, maafkan saya,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, ia bukanlah kejadian pertama melibatkan kualiti makanan yang teruk sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Jumaat lalu, netizen gempar dengan kisah seorang pelanggan yang menemui ulat dalam hidangan mi yang dibelinya di Bazar Ramadan Putrajaya.
Penangan kuasa tular, pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan.
Malah, kes itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) meningkatkan penguatkuasaan di bazar Ramadan di seluruh negara.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply